Baca Al Quran.

Allah SWT dan RasulNya telah memerintah umat Islam membaca Al Quran secara tartil.

Apakah dia bacaan tartil itu?

Shah ‘Abdul Aziz Rah. telah menulis dalam kitab tafsirnya bahawa tartil dari segi bahasa bermakna sebutan yg baik dan jelas, sementara dr segi syarak bacaan tartil adalah membaca dgn peraturan2 berikut:-
1. *Menyebut huruf2 dgn makhraj yg betul* supaya sebutan ط tidak menjadi ت dan ض tidak menjadi ظ dan seterusnya.
2. *Memberhentikan bacaan dgn sempurna pada tempat waqaf yg betul* supaya sambungan atau penghabisan perkataan2 tidak dilakukan pada tempat yg tidak sesuai.
3. *Menyebut baris2 dgn sempurna yakni baris hadapan, bawah dan atas disebut dgn jelas.*
4. *Menguatkan suara sedikit supaya lafaz2 al-Quran yg disebut oleh lidah dapat didengar oleh telinga* dan dgn itu lafaz al-Quran tersebut akan memberi kesan kpd hati.
5. *Membentukkan suara sehingga menjadi sayu* _(pathos)_ dan cepat memberi kesan kepada hati. Suara yg sayu lebih cepat mempengaruhi hati dan juga menguatkan dan menambahkan kesan kpd roh.
6. *Tasydid (menggandakan huruf) dan mad (memanjangkan huruf) hendaklah dizahirkan dgn sebaik2nya* kerana ini menonjolkan keagungan al-Quran dan menambahkan lagi kesan lafaz al-Quran.
7. *Tunaikan hak ayat al-Quran yg berkenaan dgn azab dan rahmat sebagaimana adabnya.*

Apabila 7 perkara ini diberi perhatian ketika membaca Al-Quran maka pembacaan itu dinamakan tartil. Tujuan drpd semua perkara ini hanyalah satu iaitu utk mencapai kefahaman dan perhatian yg mendalam (tadabbur) terhadap al-Quran.

Adalah dituntut spy membaca Al-Quran dgn tartil walaupun seseorang itu tidak memahami maknanya.

Rujukan Kitab fadilah amal m/s 256-257